Miss Adnin Mengirim Rindunya Kepada Kita

Semalam sedang aku tengah melayari internet. Miss Adnin menegur aku melalui yahoo messenger. So, first question miss tya, dia tya pasal result lah. Memang sape- sape pon yg hantar mesej kat kita, mesti akan tanya pasal result. Semasa ber-chating dengan Miss, kata Miss; tahun nie ader satu kelas hayat yang amat istemewa. Selalunya kita tahu yang kelas hayat ni ramai pompuan, tetapi kelas yg istemewa ini mempunyai 3 perempuan & 20 lebih orang lelaki. Jadi, boleh dijangka lah bertapa bisingnya nanti kelas tersebut.


Jadi, disempatan ber-chating semalam, miss mengucapkan bahawa dia rindu kepada kita dan memberi salam sejahtera kepada semua pelajar praktikum kita. Miss juga meminta supaya kita berdoa untuk nya agar berjaya dalam bidang kerjaya nya sebagai seorang pendidik anak-anak bangsa.

Selain miss Adnin, aku ada juga berkomunikasi dengan cg kelate kita iaitu cg Oana melalui friendster yang pernah mengajar kita subjek Dinamika Kemahiran. So, aku tanya cg Oana, kat kmm ada sebarang perubahan ker? Jawabnya, tiada apa-apa sangat yang berubah cuma timbalan pengarah telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah kmm yang baru. En Shamserbie telah pun ditukarkan ke Kolej Matrikulasi Pahang.

Jadi kepada sesiapa yang hendak berhubung dengan Miss Adnin selaku Guru Mentor kita, bolehlah 'add' id Miss Adnin dengan menggunakan email aliflamwaunga@yahoo.com , Dan untuk berhubung dengan cg Oana, boleh memasuki profile nyer dengan menekan butang ini http://www.friendster.com/58688114
Sekian. Published by Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin

Zainura Menjaga Anak Buah

Satu-satunya gadis kelas kita yang berasal dari Kelantan bernama Wan Zainura telah dihubungi semalam. So, mula-mula tue aku tanya pasal result PSPM 2 dia. Dia dah bajet mesti aku nak tanya pasal result dia. Then, lepas tue aku tanya lah dia buat apa time cuti nih. Balasnya, dia kata dia menjaga anak 'buah' dia, lebih kurang 3 orang. Bagi yang tak tahu apa itu anak buah, maksudnya anak saudara lah. Katanya lagi, anak buah dia nih mmg activ. Letih lah sikit nak jaga.


Aku tanya gak kat dia, ada ape-ape ke yang boleh dimasukkan dalam blog. Tp, dia kata xder lagi setakat nih. So, aku cakap kat lah kat dia, masuk pasal nih jelah (jaga anak buah). Dia balas, "2pn buley jd cito ek"..

Seterusnya, ditanya universiti mana yang dia minta.. dia kata dia memohon untuk UPM ngan UITM.. harap2 apa yang diminta dan dipohon itu menjadi kenyataan.
Published by : Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin

New Album Launched - First Reunion Pictures

Salam sejahtera semua..

Dengan kerjasama yang telah diberikan oleh Saufi, aku telah berjaya memuat naik satu lagi album yang mengandungi gambar-gambar semasa hari Reunion tempoh hari pada 17 Mei 2008. Gambar2 ini telah diambil menggunakan hp sony hak milik Saufi.. Disebabkan password laman web album ini dipegang oleh aku seorang sahaja sebab website ini dibangunkan menggunakan email aku. so, password tak boleh dikongsi lah. Jadi, saufi terpaksa menghantar gambar yg telah diambil tadi menggunakan Yahoo Messenger!. Dengan kemudahan teknologi yang semakin canggih, kami hanya mengambil masa selama 10 minit untuk memindahkan gambar dari Selangor ke Kelantan.

Setakat ini aku masih belum berpeluang untuk menceritakan pengalaman semasa hari Reunion kerana kemalasan semakin menguasai. Apa-apa pun, aku akan cuba dengan sebaik yang mungkin.

Bagi yang belum tahu akan kewujudan tapak Laman Web Album Picasa, anda boleh mencari di ruangan sebelah kanan website. Di ruangan itu ada tertulis perkataan "Laman Web Berkaitan"..

Untuk memudahkan anda, boleh menekan link dibawah untuk memasuki secara terus ke Laman Web Album Picasa.

http://picasaweb.google.com/zeck0412

Sekian : Published by : Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin

Tarikh Menyemak Keputusan Permohonan UPU & Mendaftar Di IPT


Maklumat yang didapati daripada laman web mohe.gov.my. Jika anda menekan butang tarikh penting, anda akan memasuki satu laman yang mengandungi tarikh-tarikh penting bagi pelajar yang memohon untuk memasuki ke pusat pengajian tinggi.

Dimaklumkan disini, bagi tarikh menyemak keputusan Permohonan UPU adalah pada minggu ke-3 pada bulan Jun 2008. Tarikh yang lebih muktamad belum lagi diumumkan. Selalunya akan diumumkan pada Surat Khabar Utusan Melayu ataupun Berita Harian.

Bagi tarikh mendaftar di IPTA, telah dimaklumkan bahawa pelajar akan mendaftar pada 29 Jun 2008* (tertakluk kepada perubahan). So, yang kita tahu sekarang, masih ada sebulan buat kita untuk menimba pengalaman ataupun bersiap sedia untuk melangkah lebih jauh. Semoga anda semua berjaya di setiap bidang yang akan diceburi.

Sekian. Published by : Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin

Alia Pergi Temu Duga Telekom Hari Ini



Salam sejahtera..

Untuk pengetahuan semua, salah seorang pelajar praktikum kita yang sememangnya dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin lagi bijaksana akan ke Menara Telekom pada hari ini (26 Mei 2008) untuk menemu duga.

Temu duga tersebut akan berlangsung pada jam 10.45 pagi. So, sekiranya Alia berjaya dalam temuduga ini, dia akan ditawarkan biasiswa daripada syarikat Telekom.

Saya juga ada bertanya tentang permohonan yang Alia buat untuk UPU, tetapi jawabnya, dia belum lagi mengisi borang tersebut. Katanya, website mohe.gov.my tidak boleh dibuka. Jadi, ingin dinasihatkan kepada pelajar sekalian yang belum lagi mengisi borang UPU, yang tidak boleh membuka laman tersebut, anda boleh berbuat demikian pada waktu yang dijangka tidak ramai pengguna yang memasuki laman tersebut.

Kerana, semakin hampir dengan tarikh tutup permohonan, semakin ramai pemohon akan menyerbu laman web tersebut. Maknanya, laman web tersebut mungkin akan menjadi lebih sibuk dan peluang untuk memasuki laman tersebut adalah tipis.



Anda boleh memasuki laman tersebut melalui link ini...







Published by : Meor (

Happy Belated Birthday Amirul Ariff - 26 May 2008

Di sini ingin diucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke-19 buat Amirul Ariff, pelajar yang berasal dari Pontian, Johor. Sampai sekarang still xleh nak contact dia. So, perkembangan pasal dia, mmg tak boleh nak bagitahu. Sekiranya Amirul Ariff terbaca ruangan ini, sila beritahu perkembangan anda kat saufi, sauki atau last sekali boleh lah g tau kat aku..

Sekian - from Meor

Abang Payang Bertunang 25 Mei Ini


Sahabat sekali, salah seorang pelajar kelas kita bakal mendapat seorang kakak ipar baru iaitu payang yang memang rock sempoi dan steady.


Abangnya akan bertunang dirumahnya kat pahang bersama dengan calonnya iaitu orang termeloh. Jadi, Wish u congra lah payang... And, kem salam kat abang sekali, selamat bertunang.

New Album Launch - "Jamuan Praktikum + Other"

Saudari sekalian boleh melihat gamba-gambar jamuan kita tempoh hari yang baru sahaja di muat naik ke laman album picasa kita.


Hari tue aku ader pergi rumah Tasnim, so dia bagi gambar nih kat aku suh upload kat web kita. so, thank kepada tasnim sebab bagi kerjasama kat website kita.

Korang leh masuk ke laman album kita dengan menekan link yang telah disediakan di sebelah kanan page laman ini. ermm, satu lagi, untuk kepuasan dalam melayari laman web alumni ini, anda digalakkan tidak menggunakan browser mozilla kerana arrangement website ini akan menjadi tidak tersusun. Jadi anda disarankan untuk menggunakan internet explorer sahaja.

Sekian.

Published by : Meor

Tarikh Tutup Permohonan Ke IPTA Fasa 2 Pada 27 Mei 2008


Kepada semua pelajar, diminta menyegerakan langkah anda untuk mengemaskini permohonan ke IPTA Fasa ke 2. Kerana tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 27 Mei 2008.

Anda boleh memasuki laman web tersebut dengan menekan link

https://online2.mohe.gov.my/matrik_f2/index.php dan anda akan disambung terus ke laman web tersebut. Jadi dinasihatkan kepada semua pelajar, semoga membuat pilihan yang tepat dan pilihan yang menjamin masa hadapan kita. Gud Luck..

Published by : Meor

Cikgu Dalina Rindukan Kita


Selepas result kita diumumkan hari tue, aku mendapat satu mesej daripada cikgu Dalina yang tertulis ucapan tahniah. Then, selepas tue aku terus call sebab nak tanya pandangan tentang jurusan apa yang patut aku ambil.


Jadi di kesempatan itu, aku bertanya bagaimana keadaan pelajar F6T4 sesi kali ini, so cikgu dalina pun bagitau yang diorang xleh baca doa dgn betul. biasalah tue, first time kot. then, lepas tue, cikgu teringat kat azizan yang selalu baca doa. Cikgu juga kata dia rindu kat budak2 laki yang duk selalu duk belakang time dia ngajar. Mana x rindunya, sebab gelagat masing2 itulah yang membuatkan kenangan F6T4 dulu menjadi amat indah.


Apa-apapun, cikgu Dalina tetap rindukan kita, sehinggakan dia sempat menyemak semua keputusan pelajar F6T4. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada Cikgu Dalina kerana sudi mengajar kitorang dengan bersungguh-sungguh. Jasamu tetap dikenang selalu.


Published by : Meor

About This Site

My photo
Laman web ini ditubuhkan khas buat pelajar f6t4 sesi 2007/2008 bagi memastikan hubungan antara mereka akan sentiasa berhubung secara dekat. Laman web ini akan memaparkan setiap perkembangan tentang pelajar dan juga kolej matrikulasi melaka atau apa-apa yang berkaitan dengan mereka.

Chat Here!!


Make sure jangan menyamar sebagai orang lain dan jangan biarkan diri kita tertipu dengan penyamaran tersebut. ;)
users online


Related Blog List

Memory

Memory
Cenderahati yang diterima pada malam jamuan praktikum F6T4. Setiap pelajar mendapat cenderahati ini yang terpapar nama masing-masing. Semoga cenderahati ini dapat menjadi kenangan buat kita semua.

Gambar yang diambil semasa sem 1. Wajah yang tengah skema. Tiada di dalam gambar ini ialah, Ijam, Nina, Nis, Asmat & Hakim

Gambar kenangan bersama pelajar kuliah F6 serta ader 2,3 orang pelajar yang saja-saja join. Gambar ini diambil masa hari restu ilmu tempoh hari. Hanya sebahagian pelajar F6 yang hadir.

Hari Biru Sedunia. Kitaoirang pakai baju warna biru beramai-ramai then berkumpul untuk tangkap gambar.

Ni lak gambar budak perempuan. Dara Pujaan!!!

Tarikh Lahir Pelajar F6T4


Januari
# 10, Hasmath
# 20, Asif
Februari
# 13, Azizan
# 16, Tasnim
# 20, Syauqi
Mar
#
April
# 04, Zainura
# 06, Faizza
# 07, Faizah
# 12, Meor
Mei
# 05, Aziana
# 26, Am
Jun
# 29, Ann
Julai
#
Ogos
# 24, Nina
# 28, Nis
September
# 02, Alia & Ijam
# 11, Hamdi
# 12, Anis
Oktober
# 21, Doc
November
# 08, Hakim
# 09, Saufi
# 22, Payang
Disember
# 10, Syazwan
# 13, Ain
# 30, Akmal

Status Pelajar

  • Aien - UTeM
  • Akmal - UTeM
  • Alia - UITM
  • Am - UTeM
  • Anis - UKM
  • Ann - USM Kubang Kerian
  • Asif - UTeM
  • Aziana - UTM
  • Azizan - UKM
  • Doktor - UITM
  • Faizah - UTM
  • Faizza - UNITEN
  • Hakim - GMI
  • Hamdi - UTM
  • Hasmath - IPBA
  • Ijam - UMP
  • Meor - UMP
  • NINA - KMS
  • Nis - Maktab Perguruan Melaka
  • Payang - Unimap
  • Saufi - UTM
  • Sauki - UMP
  • Syazwan - UITM Arau
  • Tasnim - Lim Kok Wing
  • Wan Zainura - Unimap

Blog Achieve

Web Counter

html hit counter code

since 30 April
2008