Kaedah Memohon Pinjaman PTPTN - Bermula 13 Jun

Syarat-syarat Peminjam

Pelajar layak memohon pinjaman pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:


  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
  • Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
  • Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  • Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun.
  • Pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
  • * Mulai 1 Januari 2008, pinjaman hanya dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai akaun simpanan SSPN sekurang-kurangnya RM 3,000.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM2,000.00 ke atas dan RM500.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000.00;
  • Tidak mempunyai penaja lain; dan
  • Jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.

* Nota: Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh sesi permohonan di IPT

Kaedah permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut :

  • Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online melalui Laman Web Pinjaman online di alamat http://epinjaman.ptptn.gov.my/. Akan tetapi, pemohon hanya boleh memohon mengikut tarikh buka dan tutup IPT masing masing.
  • Bagi tujuan melengkapkan permohonan pinjaman PTPTN secara online, pemohon terlebih dahulu perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing (sila rujuk di sini). Namun, terdapat beberapa IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pemohon.
  • Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pinjaman PTPTN di Laman Web Pinjaman online di http://epinjaman.ptptn.gov.my/ atau melayari Laman Web PTPTN bermula 3 hari selepas tarikh tutup permohonan online untuk IPT masing-masing.
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pinjaman PTPTN perlu melayari Laman Web Pinjaman online di alamat http://epinjaman.ptptn.gov.my/. dan mencetak dokumen yang disenaraikan.
  • Untuk cetakan, pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat Reader’. Jika tidak, muat turun program tersebut daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/ dan klik pada ikon ‘Get ADOBE READER’. Simpan dan ‘Install’ di komputer anda.
  • Dokumen-dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu (cetakan tidak dilakukan pada muka depan dan belakang di helaian yang sama). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.]

  1. 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) Surat Tawaran Pinjaman (beserta Surat Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3, dan 4 dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
  2. 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) dokumen Perjanjian Pinjaman dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
  3. 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) Surat Jaminan Pinjaman dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
  4. 2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu**. Bagi setiap Perjanjian Pinjaman Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan setem berharga RM10.00 di sudut kanan atas pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (rujuk LAMPIRAN A pada dokumen Perjanjian Pinjaman).

Nota**
Setiap satu set adalah untuk Pemohon dan PTPTN. Namun, sekiranya pihak Penjamin memerlukan 1 set, Penjamin harus mengemukakan surat rasmi dan dihantar ke alamat seperti dibawah :-

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur.
U/P: Unit Perjanjian




0 comments:

About This Site

My photo
Laman web ini ditubuhkan khas buat pelajar f6t4 sesi 2007/2008 bagi memastikan hubungan antara mereka akan sentiasa berhubung secara dekat. Laman web ini akan memaparkan setiap perkembangan tentang pelajar dan juga kolej matrikulasi melaka atau apa-apa yang berkaitan dengan mereka.

Chat Here!!


Make sure jangan menyamar sebagai orang lain dan jangan biarkan diri kita tertipu dengan penyamaran tersebut. ;)
users online


Related Blog List

Memory

Memory
Cenderahati yang diterima pada malam jamuan praktikum F6T4. Setiap pelajar mendapat cenderahati ini yang terpapar nama masing-masing. Semoga cenderahati ini dapat menjadi kenangan buat kita semua.

Gambar yang diambil semasa sem 1. Wajah yang tengah skema. Tiada di dalam gambar ini ialah, Ijam, Nina, Nis, Asmat & Hakim

Gambar kenangan bersama pelajar kuliah F6 serta ader 2,3 orang pelajar yang saja-saja join. Gambar ini diambil masa hari restu ilmu tempoh hari. Hanya sebahagian pelajar F6 yang hadir.

Hari Biru Sedunia. Kitaoirang pakai baju warna biru beramai-ramai then berkumpul untuk tangkap gambar.

Ni lak gambar budak perempuan. Dara Pujaan!!!

Tarikh Lahir Pelajar F6T4


Januari
# 10, Hasmath
# 20, Asif
Februari
# 13, Azizan
# 16, Tasnim
# 20, Syauqi
Mar
#
April
# 04, Zainura
# 06, Faizza
# 07, Faizah
# 12, Meor
Mei
# 05, Aziana
# 26, Am
Jun
# 29, Ann
Julai
#
Ogos
# 24, Nina
# 28, Nis
September
# 02, Alia & Ijam
# 11, Hamdi
# 12, Anis
Oktober
# 21, Doc
November
# 08, Hakim
# 09, Saufi
# 22, Payang
Disember
# 10, Syazwan
# 13, Ain
# 30, Akmal

Status Pelajar

  • Aien - UTeM
  • Akmal - UTeM
  • Alia - UITM
  • Am - UTeM
  • Anis - UKM
  • Ann - USM Kubang Kerian
  • Asif - UTeM
  • Aziana - UTM
  • Azizan - UKM
  • Doktor - UITM
  • Faizah - UTM
  • Faizza - UNITEN
  • Hakim - GMI
  • Hamdi - UTM
  • Hasmath - IPBA
  • Ijam - UMP
  • Meor - UMP
  • NINA - KMS
  • Nis - Maktab Perguruan Melaka
  • Payang - Unimap
  • Saufi - UTM
  • Sauki - UMP
  • Syazwan - UITM Arau
  • Tasnim - Lim Kok Wing
  • Wan Zainura - Unimap

Blog Achieve

Web Counter

html hit counter code

since 30 April
2008