.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pada 1 Julai yang lepas, aku, sauki dan ijam telah mendaftar di Universiti Malaysia Pahang. Aku ngan ijam course yang sama. Secara kebetulannya juga, aku dan ijam ditempatkan dalam satu praktikum atau kat sini lebih dikenali dengan nama 'seksyen'.
Kitaorang nyer bilik kat sini x jauh sgt ngan tempat kuliah, ijam dan aku berada di blok yang sama dan juga aras yg sama. Manakala sauki plak blok yang bersebelahan. Kat sini ada 5 blok untuk pelajar lelaki tahun satu, nanti tahun yang berikutnya, kitaorang akan pindah ke asrama yang bercirikan rumah teres.Di UMP, ciri-ciri pembelajaran adalah bercirikan praktikal. Pengiraan pointer juga agak pelik berbanding dengan U lain. Kat sini markah amali dikira sebanyak 60% dan 40% lagi bagi 'Final Exam' .Banyak makmal bagi setiap falkulti di tempatkan di sini, anda boleh tengok gambar yang terdapat di bawah. Ini adalah makmal bagi falkulti kejuruteraan kimia dan gas asli.
Ada gak makmal-makmal serta bangunan baru yang sedang dibina disini. Ini kerana Universiti ini baru sahaja di naik taraf, maka banyak diwujudkan bangunan baru bagi memenuhi kehendak Universiti. Kitaorang juga sedang menunggu campus tetap iaitu campus induk yang sedang dibina di Pekan, Pahang. Campus ini seluas 625 Hektar.
Kemudahan internet juga amat memuaskan, skrang ni aku tengah online kat bilik asrama. Setiap bilik disediakan satu lubang untuk talian internet serta ada juga disediakan internet 'wireless'. Tu jelah yang leh aku citer.. Aku xleh nak update blog ni cam selalu sebab aku x bawak laptop. Apa-apa hal, g tau aku erk.
Kumpulan Harga Lcd Monir Philips November 2013 Terbaru
-
*Kumpulan Harga Lcd Monir Philips November 2013 Terbaru* | jika anda ingin
membeli monitor untuk bulan ini anda bisa melihat informasi menngenai *Harga
Har...
12 years ago



1 comments:
Post a Comment