Ann suruh aku check dia punya result. so, tanpa melengahkan masa aku masukkan dia punya no i/c dan no matrik. Tunggu lebih kurang 2, 3 saat, kuarlah page yang terpapar seperti di dalam gambar di atas. (click pada gambar itu untuk saiz yang lebih besar). Ann berjaya menerima course Doktor Perubatan di USM. Maka tercapailah satu langkah bagi ann untuk menjadi seorang doktor..
Apa-apa pun ann, TAHNIAH lah diucapkan...
Sekian : Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin.
Ann Berjaya Menerima Tawaran Doktor Perubatan Di USM
Wednesday, 18 June 2008 | Posted by - at 12:21 2 comments
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA - Kini Dibuka
Kepada semua pelajar, anda boleh lah menyemak keputusan pemohonan anda di url
https://online2.mohe.gov.my/semakstpm/index.php
yg pasti aku dan sauki dpt tempat yg sama.. =p.. alhamdulillah..
Posted by - at 07:52 0 comments
Kaedah Memohon Pinjaman PTPTN - Bermula 13 Jun
Syarat-syarat Peminjam
Pelajar layak memohon pinjaman pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
- Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
- Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
- Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun.
- Pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
- * Mulai 1 Januari 2008, pinjaman hanya dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai akaun simpanan SSPN sekurang-kurangnya RM 3,000.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM2,000.00 ke atas dan RM500.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000.00;
- Tidak mempunyai penaja lain; dan
- Jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
* Nota: Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh sesi permohonan di IPT
Kaedah permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut :
- Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online melalui Laman Web Pinjaman online di alamat http://epinjaman.ptptn.gov.my/. Akan tetapi, pemohon hanya boleh memohon mengikut tarikh buka dan tutup IPT masing masing.
- Bagi tujuan melengkapkan permohonan pinjaman PTPTN secara online, pemohon terlebih dahulu perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing (sila rujuk di sini). Namun, terdapat beberapa IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pemohon.
- Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pinjaman PTPTN di Laman Web Pinjaman online di http://epinjaman.ptptn.gov.my/ atau melayari Laman Web PTPTN bermula 3 hari selepas tarikh tutup permohonan online untuk IPT masing-masing.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pinjaman PTPTN perlu melayari Laman Web Pinjaman online di alamat http://epinjaman.ptptn.gov.my/. dan mencetak dokumen yang disenaraikan.
- Untuk cetakan, pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat Reader’. Jika tidak, muat turun program tersebut daripada laman web http://www.adobe.com/products/acrobat/ dan klik pada ikon ‘Get ADOBE READER’. Simpan dan ‘Install’ di komputer anda.
- Dokumen-dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu (cetakan tidak dilakukan pada muka depan dan belakang di helaian yang sama). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.]
- 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) Surat Tawaran Pinjaman (beserta Surat Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3, dan 4 dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
- 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) dokumen Perjanjian Pinjaman dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
- 1 set (cetakan komputer) dan 1 set salinan (fotostat) Surat Jaminan Pinjaman dan seterusnya menandatangani dokumen berkenaan**;
- 2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu**. Bagi setiap Perjanjian Pinjaman Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan setem berharga RM10.00 di sudut kanan atas pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (rujuk LAMPIRAN A pada dokumen Perjanjian Pinjaman).
Nota**
Setiap satu set adalah untuk Pemohon dan PTPTN. Namun, sekiranya pihak Penjamin memerlukan 1 set, Penjamin harus mengemukakan surat rasmi dan dihantar ke alamat seperti dibawah :-
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur.
U/P: Unit Perjanjian
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur.
U/P: Unit Perjanjian
Sunday, 15 June 2008 | Posted by - at 17:40 0 comments
Keputusan UPU Diumumkan 18 Jun?
Baru sekejap tadi ader seorang member kat internet ader hantar mesej kat yahoo messenger dengan mengatakan result bagi pelajar lepasan matrikulasi, stpm, asasi dan sebagainya akan diumumkan pada
18 Jun 2008
Jam 12.00 tgh hari
Sumber berita ini belum dipastikan lagi. Ingin dinyatakan bahawa ini bukanlah satu berita yang rasmi. Hanya untuk pengetahuan semata-mata. Kerana ini adalah mesej yang di-'forward' melalui yahoo messenger. Bila aku menanyakan macam mana dia tahu, she just saying.. just forwarding (copy and paste). anda boleh baca mesej tersebut di bawah ini. Dengan 'click' pada image tersebut, ia akan dibesarkan.
Published by : Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin
Friday, 13 June 2008 | Posted by - at 23:47 0 comments
Ramalan Result UPU Kuar
Disebabkan xder benda yang bleh aku post wat masa skrang.. so, meh lah kita ramal-meramal untuk 2,3,4 hari lagi biler result upu akan kuar.
so, aku target result upu kuar hari isnin ini iaitu, 16 mei. aku x sure sgt tp bolehlah ambik tahu sebagai date line.
anyway, kelas kita so far xder sgt perkembangan buat masa skrang. Kebanyakkan x kerja. Sauki mungkin selalu tgk org tanding sukma. sama gak dengan hamdi. Zainura plak tgh belajar2 jaga budak kecik for the future day.. =). Nis plak selalu mesej dengan *toot*.. hehe..
pasal ann mungkin suatu yang menarik sbb dia g tau aku yang berat badan dia telah menurun sebanyak 2 kg kalu xsilap aku. manakala berat badan aku plak makin naik. alhamdulillah.. xlah kurus sgt.
aku dok sibuk citer pasal org, pasal aku x diceritakan.. erm, sepanjang cuti nih aku kerja dgn mak aku kat kilang memproses susu lembu untuk menghasilkan produk minuman dan makanan yang akan dipasarkan di seluruh kelantan dan sedikit di trg (besut). semlm aku baru pergi reunion skolah lama aku. jumpa cg per semua.. diorang cakap aku dah banyak berubah, dulu muka budak tp skrang dah muka org dewasa. janggut pon makin panjang dan badan pon makin tinggi.
Sejak tamat belajar kat kmm hari tue, aku still xleh contact am dan ijam. 2 org ni cam penyepi plak.. hak3x. sape2 ader info pasal diorang, leh lah g tau kat aku, saufi atau sauki..
so tu jelah yg mungkin boleh dijadikan cerita setakat ini. Anyway, sape2 yg dah nak kahwin tue, pandai2 lah hantar kad jemputan yer. kalu nak jimat kos, leh lah post kat blog ini.
wassalam ...... Published by ; Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin
Thursday, 12 June 2008 | Posted by - at 22:25 0 comments
Alia Terpilih Untuk Menyertai Bengkel Pemilihan Biasiswa Telekom
Aku menerima berita ini daripada alia sendiri. Dia akan melibatkan diri dengan bengkel ini pada 8 hingga 11 Jun 2008. Tempat bengkel ini akan diadakan ialah di Universiti Malaysia atau lebih dikenali sebagi UM.
Sepanjang berada di bengkel ini, pemilihan akan dibuat terhadap sesiapa yang layak menerima biasiswa tersebut. Semoga, alia dapat menonjolkan diri dalam tempoh 'membengkelkan' diri. :)
Di kesempatan ini juga, aku ingin menyeru kepada rakan-rakan yang mengenali Saufi supaya kita dapat memberi semangat kepada dia di atas kesedihan yang menimpa keluarganya itu. Harapan semoga Saufi tidak terlalu bersedih. Sekian
Published : Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin.
Friday, 6 June 2008 | Posted by - at 17:44 6 comments
ADUHAI PERAMPOK.........
31 MAy yg lepas aku sekeluarga dilanda kesedihan dn kehampaan. Pada ptg itu aku dalam perjalanan dari kg ke rumahku. Apabila sudah smpai ke rumah, hatiku memberikn tanda2 kusap malam. Tidak semena2 aku terus keluar dari motokar ku lalu berlari ke arah tingkap bilik abah dn ibuku. Ketika itu barulah aku ketahuan bahawasanya rumahku sudah pun dikopak masuk oleh perampok2 yg kerakusan harta yg bukan miliknya. Aku bergegas membuka kunci pintu rumahku dan berlari ke dalam namun bukti2 menandakn bahawa perampok2 itu sudah lama meninggalkn rumahku. Aku kedapur membuka peti sejuk rumah dan melihat air batu masih belum cair sepenuhnya lantas membuktikn makhluk tersebut mgkin memecah masuk pada waktu pagi. Abahku mengambil keputusan utk mmbuat laporn polis. Petang itu juga pihak forensik(x silap le) dtg utk mngutip bukti2 eviden. Malam itu aku mengemas bilik ku dnagn perasaan marah dn sedih kerana wangku RM 50 hilang di dlm laci tetapi duit syiling sekotak penuh ats meja x pulak ilang! kureng asam nyer pencurik!!!!!! haha... cm 2 le citer nye aku nye umah kene pecah!! ANGGARN NILAI X KU KETAHUI SMPAI SKRNG TAPI BRNG2 NYE DLM BENTUK EMAS2 DN DUIT KERTAS SAJE... YG LAEN X KENE SENTUH PUN!!!
Published by : Sopie
Wednesday, 4 June 2008 | Posted by - at 23:10 6 comments
Anda Di Alu-Alukan Untuk Memasuki Forum Alumni KMM (Khas Untuk Semua Pelajar KMM)
Forum ini telah lama diwujudkan, cuma baru sekarang aku ingin mempromosikannya. Forum ini ditubuhkan oleh pihak kolej bertujuan supaya bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di KMM dapat berhimpun dan berkongsi pengalaman dan idea. Justeru itu, saya menggalakkan anda semua menyertai Forum ini melalui URL ini
http://www.matrik.net/karisma/
URL ini juga akan dimasukkan ke ruangan "Laman Web Berkaitan" ..
Sekian: Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin
Posted by - at 16:25 0 comments
Seorang Pelajar Baru F6T4 Sesi 08/09 Dikesan
Pernahkah anda melihat pemuda ini? Di bumi KMM yang tercinta. Mungkin ada diantara kita yang pernah melihat lelaki ini yang merupakan ex-PDT . Namanya boleh dikenali sebagai Thaqif. Sekarang ini dia telah pun ditempatkan di praktikum F6T4. Aku memang kenal sangat dia nie sebabnya kita selalu borak time kat kafe. Borak orang lelaki lah katakan. Then, aku dah suruh dia promote website kita kat budak kelas dia. So that, diorang boleh bawak budaya yang telah kita cipta ke dalam praktikum yang ada sekarang.
Untuk pengetahuan semua, ini adalah post kali yang ke-50.
Published by : Meor Airol Shafiq b. Meor Shamsuddin
Monday, 2 June 2008 | Posted by - at 11:10 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
About This Site
- -
- Laman web ini ditubuhkan khas buat pelajar f6t4 sesi 2007/2008 bagi memastikan hubungan antara mereka akan sentiasa berhubung secara dekat. Laman web ini akan memaparkan setiap perkembangan tentang pelajar dan juga kolej matrikulasi melaka atau apa-apa yang berkaitan dengan mereka.
Chat Here!!
Related Blog List
-
Kumpulan Harga Lcd Monir Philips November 2013 Terbaru - *Kumpulan Harga Lcd Monir Philips November 2013 Terbaru* | jika anda ingin membeli monitor untuk bulan ini anda bisa melihat informasi menngenai *Harga Har...13 years ago
-
THIS IS IT - First of all, my gratitude to Kay and bro Faisal for their informal online tutorial and encouragement on getting me to start a blog. I don't know if both o...15 years ago
-
Always, - Sabar, sabar dan sabar when things do not happen like how you wish. lagipun sabar itu separuh drpd iman kan. ;) *Selamat hari raya, maaf zahir & batin. * I...15 years ago
-
-
Memory
Cenderahati yang diterima pada malam jamuan praktikum F6T4. Setiap pelajar mendapat cenderahati ini yang terpapar nama masing-masing. Semoga cenderahati ini dapat menjadi kenangan buat kita semua.
Gambar yang diambil semasa sem 1. Wajah yang tengah skema. Tiada di dalam gambar ini ialah, Ijam, Nina, Nis, Asmat & Hakim
Gambar kenangan bersama pelajar kuliah F6 serta ader 2,3 orang pelajar yang saja-saja join. Gambar ini diambil masa hari restu ilmu tempoh hari. Hanya sebahagian pelajar F6 yang hadir.
Hari Biru Sedunia. Kitaoirang pakai baju warna biru beramai-ramai then berkumpul untuk tangkap gambar.
Ni lak gambar budak perempuan. Dara Pujaan!!!
Tarikh Lahir Pelajar F6T4
Januari
# 10, Hasmath
# 20, Asif
Februari
# 13, Azizan
# 16, Tasnim
# 20, Syauqi
Mar
#
April
# 04, Zainura
# 06, Faizza
# 07, Faizah
# 12, Meor
Mei
# 05, Aziana
# 26, Am
Jun
# 29, Ann
Julai
#
Ogos
# 24, Nina
# 28, Nis
September
# 02, Alia & Ijam
# 11, Hamdi
# 12, Anis
Oktober
# 21, Doc
November
# 08, Hakim
# 09, Saufi
# 22, Payang
Disember
# 10, Syazwan
# 13, Ain
# 30, Akmal
Status Pelajar
- Aien - UTeM
- Akmal - UTeM
- Alia - UITM
- Am - UTeM
- Anis - UKM
- Ann - USM Kubang Kerian
- Asif - UTeM
- Aziana - UTM
- Azizan - UKM
- Doktor - UITM
- Faizah - UTM
- Faizza - UNITEN
- Hakim - GMI
- Hamdi - UTM
- Hasmath - IPBA
- Ijam - UMP
- Meor - UMP
- NINA - KMS
- Nis - Maktab Perguruan Melaka
- Payang - Unimap
- Saufi - UTM
- Sauki - UMP
- Syazwan - UITM Arau
- Tasnim - Lim Kok Wing
- Wan Zainura - Unimap


